Malaysia akan memuktamadkan rundingan dengan Thailand untuk bersama-sama menjadi Ahli Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) selepas negara berkenaan selesai mengadakan pilihan raya umum yang dijangka Mei tahun ini.<br /><br />Kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, ia bagi mengelak sekiranya berlaku sebarang pertukaran keputusan oleh kerajaan baharu Thailand nanti.